Pengumuman Penting

Kepada yang nak parcel sampai sebelum raya mohon buat tempahan segera kay.

Poslaju last pikap 24 Mei.

J & T express beroperasi non stop (mereka tidak tutup walau pada hari raya), namun sila jangkakan sedikit kelewatan ye. Bagi customer Sabah Sarawak kami cadangkan tempah segera selewat2nya 31 Mei (3 pm) kerana ada gangguan flight cargo selepas 1 Jun disbbkan hari raya.

Bagi yang tidak kisah parcel sampai bila bole je buat order selepas tarikh ni namun kami mohon berikan alamat yg betul (di mana anda berada masa tu kay). Sila ambil perhatian bahawa kami tak bole aturkan masa rider/posmen akan hantar, harap semua paham kerja mereka. Rider/posmen ni ada byk parcel yang nak diuruskan mengikut kawasan jadi mereka akan buat route mereka sendiri.

Kerjasama anda amatla kami hargai. Terima kasih semua 😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *